从韩国盛行晚婚新闻学马来语单词

继上一期我们谈到了以色列与巴勒斯坦的纷争后,这一期我们就看一则比较温馨的新闻吧!是的,我们看看韩国的相亲吧。韩国也是世界上其中一个人们越来越迟婚的国家。新闻来自韩国的城南市 (Seongnam)。

wedding 2595862 1280

 

SEONGNAM: Kira-kira 100 orang termasuk wanita dan lelaki berkumpul di sebuah hotel berhampiran Seoul dengan berpakaian terbaik dan tanda nama yang tergantung pada pakaian mereka untuk mencari cinta.

 

Ini adalah antara acara yang dianjurkan oleh bandar Seongnam, Korea Selatan sebagai percubaan oleh kerajaan tempatan untuk memulihkan kadar kelahiran yang menurun di negara yang populariti perkahwinan dan semangat terhadap keibubapaan merosot.

1.memulihkan kadar kelahiran:Kadar 即频率 (frequency),所以是指恢复出生率,可见韩国之前的婴儿出生率是较高的。

2.populariti:普及性、流行性。当然,这是借自英文字的popularity。还有一个说法就是 kepopularan,但两者在马来语里的使用率都没有在英语里那么popular。

 

Sebelum ini,lima pusingan acara sudah dianjurkan pada tahun ini di mana 198 orang daripada 460 sepakat menjadi pasangan dan bersetuju untuk bertukar kenalan dengan pasangan mereka.

3.sepakat,源自pakat, 就是彼此目标一致,有共同的意愿。现任团结政府中的希望联盟 (Pakatan Harapan) 也是出自此字。

 

Sebelum ini,ibu kota Korea Selatan,Seoul mempertimbangkan acara yang sama tetapi menangguhkan rancangan itu selepas berdepan kritikan pembaziran wang pembayar cukai jika gagal dilaksanakan memandangkan orang memilih untuk tidak berkahwin dan mempunyai bayi.

 

Seorang peserta, Hwang Da-bin, yang mengambil bahagian dalam acara September, berkata ia menjimatkan kos menyertai acara sosial lain atau mendaftar untuk agensi janji temu profesional.

4.Janji temu:可以是一个约会或是预约 (商业)。在英语里可以分别称作为dating 和 appointment, 但马来语里面没有这个区分。所以一般上用马来语说和情人约会,大多数也是说 dating, 因为 janji temu (appointment) 就太过正式了。

 

“Kami menghadapi krisis demografi sebenar dan kerajaan perlu melakukan apa sahaja yang boleh. Saya tidak faham orang yang mengadu mengenai perkara ini,”katanya.

5.Krisis:危机(crisis)

6.Demografi:人口(相关)

 

Kadar kesuburan Korea Selatan turun ke paras terendah pada 0.78 tahun lalu, pencapaian suram bagi negara itu dengan jumlah kelahiran bayi yang dijangkakan terendah di dunia bagi setiap wanita.

7.我们经常用kesuburan 来形容土壤的肥沃,但其实用在人身上就是指生育能力了。

8.Suram:幽暗的、阴沉的。

 

Jumlah itu jauh di bawah 1.66 di Amerika Syarikat dan 1.3 di Jepun pada 2021 di mana kadar purata kalangan negara dalam Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan berada pada 1.58 pada tahun yang sama.

9.Purata:平均

10.Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan:经济合作与发展组织(简称经合组织;英語:Organisation for Economic Cooperation and Development,OECD)是全球38个市场经济国家组成的政府间国际组织,总部设在法國巴黎犬舍城堡。

 

Bagaimanapun,profesor di jabatan kebajikan sosial di Universiti Wanita Seoul,Jung Jae-hoon,berkata adalah “karut”untuk mengharapkan peristiwa ini membawa kepada kadar kelahiran yang lebih tinggi.

11.Karut:虚假的、思想杂乱的

 

“Anda perlu membelanjakan lebih banyak wang secara langsung untuk menyokong kehamilan dan keibubapaan untuk memanggilnya sebagai dasar bagi meningkatkan kadar kelahiran,”katanya.

Di sebalik kritikan, beribu-ribu orang sudah mendaftar untuk acara temu janji itu pada tahun ini yang dianjurkan oleh bandar Seongnam.

12.temu janji 或 temujanji 都是错误的语法,正确的是 janji temu.

 

Datuk Bandar Seongnam, Shin Sang-jin,berkata menyebarkan pandangan positif mengenai perkahwinan akhirnya akan membantu meningkatkan kadar kelahiran dan acara ini hanyalah satu daripada banyak polisi yang dilaksanakan oleh bandarnya.

 

“Kadar kelahiran yang rendah tidak boleh diselesaikan dengan satu dasar.”

 

“Ia juga menjadi tugas bandar untuk mewujudkan persekitaran untuk orang yang ingin berkahwin mencari pasangan mereka,”katanya. – REUTERS.